loading...
loading...

Wajib tahu !!! Mengapakah Doa Anda Tidak Dimakbulkan...." Kerana Hati kamu buta disebabkan 10 perkara "


http://3.bp.blogspot.com/-xHbWTzBKY-M/VgvfehsHBJI/AAAAAAAAAVE/Rub-kHq5Q64/s640/


Seorang ahli tasawuf yang terkenal, Ibrahim bin Adham dikerumuni oelh orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya. Maka Ibrahim bin Adham menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..... "

10 perkara yang menyebab hati buta yang dinyatakan oleh beliau ialah :

1. Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

2. Kamu mencintai Rasulullah tetapi menolak sunahnya.

3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.

6. Kamu berkata syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Previous
Next Post »
loading...