loading...
loading...

TAN SRI YANG MENEMBAK MATI SEORANG PENYAMUN DI SEBUAH KLINIK DI CHERAS SEMALAM ADALAH KETUA MCA BAHAGIAN RAUB KINI HIDUP DALAM TRAUMA!!!!

http://4.bp.blogspot.com/-3HvWar-I2VI/UdcEAqIMABI/AAAAAAAAk2A/RplYfHTh5mU/s280/


Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah malam tadi.

Beliau menjadi bahan berita selepas anak jati Pahang itu menembak  mati seorang perompak bersenjata sebuah klinik di Taman Permata, Cheras.

Berusia 68 tahun, Ketua Bahagian MCA Raub itu memberitahu  beliau menghala pistol jenis Glock ke arah kumpulan perompak termasuk seorang yang berparang dan cuba menetaknya.

"Saya cuba mengelak dari melepaskan tembakan tetapi perompak itu terus  mengancam mahu menetak saya. Saya terpaksa menembak beberapa das," kata Presiden Persatuan Dewan Perdagangan Cina dan Industri itu.

Taikun itu berkata, beliau datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atas  urusan perniagaan tetapi berasa tidak sihat dan mengunjungi sebuah klinik.

"Selepas berjumpa doktor, saya menunggu giliran mengambil ubat. Tiba- tiba, dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke klinik.

"Kemudian, seorang lagi perompak masuk dan menutup pintu gril dan kami terperangkap dalam klinik. Ketika itu, beberapa pesakit  ada bersama doktor bersama tiga kakitangan dalam bilik rawatan.

Perompak merampas semua barangan mereka sebelum nampak Lim yang duduk di  luar. Seorang daripada mereka menghampiri Lim yang kemudian mengeluarkan  pistol dan memberi amaran supaya tidak mendekatinya.

"Perompak itu juga cuba  merampas pistol saya. Selepas saya melepaskan  tembakan, semua tiga lelaki itu lari dari klinik berkenaan," katanya.

Seorang daripada mereka kemudian ditemui mati kira-kira 30 meter dari  klinik berikutan terkena empat tembakan.

Hanya beberapa selepas kejadian, Lim mengakui berasa tidak selesa di  perutnya.

"Ini pertama kali saya 'dipaksa' menggunakan pistol saya. Saya berasa amat  tidak selesa," katanya yang seakan-akan trauma dengan kejadian itu.

Bapa kepada enam anak itu memberi keterangan kepada polis sebelum  membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Beliau baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang  Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

http://1.bp.blogspot.com/-pPenE13FY-k/UdcEZx7sqiI/AAAAAAAAk2I/v3SqStCQKKM/s280/

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Naq
AUTHOR
1 January 2016 at 01:51 delete

ni berita 2013 la monyet...

Reply
avatar
loading...