loading...
loading...

Seorang Budak Yang Cintakan Baginda Nabi Muhammad SAW

https://yasirimran.files.wordpress.com/2010/08/

Terjadi satu kisah di zaman Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'iy. Ketika sedang berkumpul dengan orang-orang di kota Zabid (ujung kota Yaman) untuk berziarah ke makam Sayyidina Muhammad SAW di kota Madinah.

Jarak perjalanannya memakan masa selama 2 minggu. Ketika rombongan tadi hendak bergerak ke kota Madinah, datang seorang budak berumur sekitar 8 tahun. Wahai syeikh aku hendak ikut berziarah ke makam Nabi Muhammad SAW.

Tapi permintaan budak itu tidak diizinkan oleh syeikh,
kata beliau: kerana kau nanti akan membuat orang susah, orang hendak ke sini kau hendak kesana.
Lalu syeikh bertanya kepada budak itu, kenapa kau ingin sangat nak ikut ke sana...
Lalu budak itu berkata: wahai syeikh percayalah "Aku ini sangat rindu dengan Rasulullah". Namun dijawabnya, ''Sudahlah kau tetap tak boleh ikut.''

Maka berjalanlah rombongan tadi. Setibanya di kota Madinah tepatnya dimakamnya Sayyidina Muhammad SAW, terkejutlah Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'iy kerana melihat budak kecil itu ada dihadapannya.

''Wahai budak kecil, dari mana kau datang. Bagaimana kau boleh ikut dan sampai di sini'
'' Ketika kamu bertolak, aku masuk ke dalam peti dan ikut bersama rombongan berziarah ke makam Sayyidina Muhammad SAW.''

Kata Syeikh: "Aku tidak hairan kalau kau masuk ke dlm peti, tetapi selama 2 minggu kau makan dan minum dari mana? tidak mungkin tidak makan dan tidak minum.''

''Wahai syeikh sungguh aku dilupakan dari makan dan minum kerana sangat rindu kepada Nabi Muhammad SAW''.

Budak kecil tadi pun bertanya: ''Wahai syeikh apakah benar dan tepat tanah ini pernah di pijak oleh Rasulullah saw ?''

Kata syeikh: ''ya'. Kemudian budak tersebut mengambil tanah itu lalu diciumnya, terus shj budak kecil itu tiba-tiba jatuh seakan-akan pengsan.

Rupanya budak itu telah wafat dan di kebumikan di luar kota Madinah. Kerana dia adalah orang luar.
Kemudian rombongan itu semuanya terus mengerjakan umrah.

Ketika saat pulang, syeikh teringat kepada budak tadi, lalu datang menziarahi makamnya. Ketika syeikh melihat keadaan makam itu, beliau menjadi bingung. Kerana kubur itu diluar kota Madinah tapi beransur-ansur bergeser masuk ke dlm kota Madinah mendekati makam Sayyidina Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Maka menangislah Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'iy.
Sampai sekarang makam tersebut masih ada ( zaman syeikh Abdur Rahman) dan makam tersebut ada di seberang Masjid Nabawi.

''Wahai budak betapa hebat dan mulianya engkau, sewaktu kecil pun kau sangat rindukan hendak berziarah ke makam Sayyidina Muhammad Rasulullah SAW, dan sewaktu wafat pun kau juga sangat rindu kepada Rasulullah...''

Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'iy pun menangis di dalam rumahnya...“Aku ini adalah seorang imam,, tapi aku malu melihat kecintaan seorang budak kecil yang sangat mencintai Rasulullah SAW.
Dan Imam tersebut pun menulis riwayat perjalanan budak tersebut di kitabnya.

Hebatnya!!! cinta seorang budak kecil kepada Habibina Sayyidina Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam..

Betapa jahil dan sombongnya orang zaman sekarang...mengingati Kelahiran Nabi Muhammad saw pun d katakan sesuatu yang bida'ah...

ALLAHUMMA SHOLLI ALAA MUHAMMAD
Previous
Next Post »
loading...