loading...
loading...

Qu Puteh Bakal Taja “The Red Warriors” Musim Depan?

Pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Semakin meletop la nama Datuk Seri Vida dan jenama Qu Puteh lepas ni.
Tambanya lagi, perbincangan sudah dibuat namun namun sehingga kini kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama.Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Seri Vida mengakui, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dua hala bersama Kafa yang diketuai oleh Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.
“Semuanya masih dalam perbincangan, sudah lama ada pertemuan itu. Jodoh sahaja belum ada. Kita akan umum jika persetujuan dicapai. Sekarang masih berbincang,” katanya

2
Baru-baru ini, isu penajaan kelab TRW oleh Qu Puteh menjadi viral di laman sosial dan ia mendapat sokongan amat memberangsangkan daripada seluruh penyokong tegar TRW itu sendiri.
Spekulasi itu semakin kuat apabila Datuk Seri Vida memuat naik gambar dan video bersama Annuar di akaun Instagram miliknya.
Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial Facebooknya memberitahu, Qu Puteh belum lagi tersenarai sebagai penaja TRW 2016, namun beliau mengakui perbincangan dilakukan sewaktu makan malam tersebut.
5
“Kami ada makan malam bersama rakan dari China tapi Qu Puteh belum tersenarai sebagai penaja TRW. Walaupun kami memang ada berbincang mengenainya malam tadi.
“Kafa masih belum ada tajaan yang cukup. Namun setiap tajaan perlu dibincangkan terma dan syarat. Usaha harus dan diteruskan lagi,” katanya.
Sebelum ini, TRW dilaporkan berdepan masalah kewangan dan pelbagai cara dilakukan bagi memastikan prestasi pemain kekal pada tahap sepatutnya.
Kejayaan Datuk Seri Vida menaja beberapa pihak sebelum ini membuahkan hasil dan diharapkan kerjasama besar ini pasti dapat membantu TRW.
P/S: GOMO KELATE GOMO! Nah, admin belanja sikit gambar Datuk Seri Vida penyokong tegar TRW!
3
Previous
Next Post »
loading...