loading...
loading...

Qu Puteh bakal taja Kelantan?

Datuk Vida dan mahkota RM100,000

PENGASAS produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali  Datuk Seri Vida tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian mengakui, pertemuan dua hala antara pihaknya bersama Kafa diketuai oleh Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, malam kelmarin.

Menurutnya, sudah lama pertemuan diadakan bersama pengurusan Kafa namun sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum membuat keputusan untuk sebarang kerjasama.

“Semuanya masih dalam perbincangan, sudah lama ada pertemuan itu. Jodoh sahaja belum ada. Kita akan umum jika persetujuan dicapai. Sekarang masih berbincang,” katanya, semalam.

Sebelum ini, viral di laman sosial mengatakan Datuk Seri Vida bakal mengadakan kerjasama dengan TRW dari segi penajaan dan ia mendapat sokongan amat memberangsangkan daripada seluruh penyokong tegar TRW itu sendiri.

Spekulasi itu semakin kuat apabila Datuk Seri Vida memuat naik gambar dan video bersama Annuar di akaun Instagram miliknya dan melalui keterangan gambar tersebut, usahawan terkemuka dari Kelantan itu juga turut melahirkan harapannya agar mencapai kesepakatan dengan TRW pada masa depan.

Sementara itu, Annuar dipetik melalui laman sosial Facebook miliknya semalam, juga turut memberitahu, Qu Puteh (Vida Beauty) belum lagi tersenarai sebagai penaja TRW 2016, walaupun mengakui perbincangan dilakukan sewaktu makan malam tersebut.

“Kami ada makan malam bersama rakan dari China tapi Qu Puteh belum tersenarai sebagai penaja TRW. Walaupun kami memang ada berbincang mengenainya malam tadi.

“Kafa masih belum ada tajaan yang cukup. Namun setiap tajaan perlu dibincangkan terma dan syarat. Usaha harus dan diteruskan lagi,” katanya.

Sebelum ini, TRW dilaporkan berdepan masalah kewangan dan pelbagai cara dilakukan bagi memastikan prestasi pemain kekal pada tahap sepatutnya.

Malah kejayaan Datuk Seri Vida menaja beberapa pihak sebelum ini membuahkan idea kepada  penyokong untuk usahawan itu turut sama membantu TRW kali ini.
Previous
Next Post »
loading...