loading...
loading...

Nuha keluar wad ICU, semakin pulih

Nurul Nuha Anwar
Nurul Nuha Anwar

SHAH ALAM - Anak kedua bekas Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar sudah dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara, hari ini.

Kakak sulungnya, Nurul Izzah Anwar berkata, adik itu kini beransur pulih dan kini beliau ditempatkan di wad biasa.

"Syukur Alhamdulillah (Nurul Huha) beransur baik. (Dia) sudah dikeluarkan dari ICU," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Nurul Nuha dijangka dibenarkan dari hospital tersebut dalam tempoh dua hari lagi.

Fahmi bagaimanapun berkata, doktor diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memantau Nurul Nuha.

Rabu lalu, Nurul Nuha dimasukkan wad ICU di sebuah hospital swasta di Kota Damansara selepas dipercayai terjatuh di rumahnya.

Berita sedih itu telah membawa ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk melawat anak perempuannya di hospital, petang Sabtu lalu.
Previous
Next Post »
loading...