loading...
loading...

Kubur Yus Jambu terus diziarahi

Kubur Yus Jambu terus diziarahi
Nizam (kiri) dan Kazar ketika menziarahi ke pusara Yus Jambu.

KANGAR - Walaupun sudah hampir sebulan meninggal dunia, tanah perkuburan pelakon, pelawak Yussry Edoo atau Yus Jambu di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong di sini terus diziarahi sahabat handai, kenalan dan rakan artis.

Kelmarin, pelakon Kazar ataupun Kazar Saisi melawat tanah perkuburan bersama sepupu Yus Jambu, Nizam Othman, 42.

Nizam yang juga merupakan pengurus kepada Yus Jambu sejak 2012 berkata, rakan-rakan sekampung arwah turut menukar batu nisan baharu di kubur arwah sebagai sumbangan ikhlas daripada mereka.

“Kelmarin Kazar ada di Kodiang, Kedah untuk lakonan drama terbaharu, jadi saya ajak dia untuk melawat kubur Yus, pada masa yang sama rakan-rakan Yus turut membelikan batu nisan.

“Arwah dan Kazar main bola sepak untuk pasukan Kelab Sukan Artis Malaysia, saya harap orang ramai akan terus mendoakan untuk kesejahteraan  arwah di alam sana,” katanya,

Yus Jambu ,39, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas sebaik sahaja selesai menjayakan program Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jam 12.15 tengah malam, pada 30 November lalu.

Previous
Next Post »
loading...