loading...
loading...

Kajian: Di Sarawak, Remaja Tak Sekolah Paling Aktif Di Ranjang!

Remaja di Sarawak yang tidak bersekolah dicatatkan sebagai belia paling ramai mengadakan hubungan seks iaitu sebanyak 39 peratus berbanding yang belajar di sekolah dan menuntut di universiti.
Kajian Faktor Risiko dan Perlindungan Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Sabah dan Sarawak tahun 2013 menunjukkan, 12 peratus remaja di universiti berpengalaman melakukan seks manakala remaja bersekolah pula 3.6 peratus.
FAKTA: Usia seawal 15 tahun lakukan hubungan seks
Paling awal mereka merasai seks buat kali pertama ialah pada usia 15 tahun, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.
“Dalam kajian yang sama di Semenanjung pada 2011 mendapati, 5.8 peratus remaja mengaku pernah melakukan seks dan daripada data tersebut 18.6 peratus mengaku mempunyai pasangan seks lebih daripada seorang,” katanya.
Chew mendakwa perkembangan dan tingkah laku seksualiti remaja di Malaysia semakin meruncing dan membimbangkan ibu bapa.
“Statistik dan kehamilan remaja berusia 10 hingga 19 tahun pada tahun 2014 mencatatkan jumlah 16,5288 orang,” katanya.
Previous
Next Post »
loading...