loading...
loading...

Jika Manusia Tiba-tiba LENYAP, Bumi Akan Berakhir Menjadi Seperti Ini



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, manusia telah memusnahkan sebahagian bumi untuk kebaikan mereka sendiri. Mereka telah mencipta pelbagai teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup namun langsung tidak bimbang mengenai kesan buruk kepada bumi ini. Tetapi apakah yang akan terjadi jika spesis manusia sudah tiada lagi? Bagaimanakah keadaan bumi menjadi tanpa manusia?


Dikatakan perkara pertama yang berlaku adalah banyak benda musnah. Sebahagian daripada udara, sungai dan lautan akan tercemar akibat radiasi.Tetapi bagi kawasan-kawasan lain di dunia, alam semula jadi akan mula pulih, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan akan berkembang dan haiwan akan lebih banyak membiak. Ternakan akan hidup tanpa bantuan manusia dan kemungkinan besar akan menjadi mangsa haiwan lain. Tetapi haiwan liar yang lain menjadi lebih bebas untuk berkeliaran di mana-mana sahaja.


Menara Eiffel yang diperbuat daripada keluli akan mula karat dan jalan-jalan akan dilitupi dengan rumpai. Banyak bangunan akan mula runtuh. Buku-buku, gambar, data elektronik akan mula lenyap meninggalkan sedikit bukti bahawa manusia pernah wujud di bumi.

Untuk gambaran yang lebih jelas jom saksikan rakaman video ini.


Previous
Next Post »
loading...