loading...
loading...

INDRA PUTRA PERLU TERIMA KENYATAAN

indra-putra-perlu-terima-kenyataan
Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan Indra Putra Mahayuddin perlu lebih bersikap terbuka selepas kontraknya tidak akan disambung bagi saingan musim hadapan.

Irfan Bakti mengakui pemain berpengalaman yang menjadi ulang belakang Felda United musim ini perlu mencari pasukan baru musim 2016. Irfan menjelaskan keputusan itu dibuat selepas perbincangan melibatkan pihak pengurusan yang telah berbincang dengan beliau terlebih dahulu.

Keputusan itu mencetus rasa tidak puas hati Indra sehingga mendorongnya memuatnaik status di dalam media sosial bagi menggambarkan kedudukan dan situasinya ketika ini.

"Sudah sampai masa kontraknya berakhir. Soal tidak puas hati sebagai pemain dia harus menerimanya.

"Mungkin Felda United mahu buat permbaharuan. Setakat itu sahaja yang boleh saya komen" ulas bekas jurulatih Selangor itu.

The Fighters ketika ini sudah pun memiliki perancangan besar dan beberapa nama baru bakal menjadi kekuatan pasukan itu musim hadapan.

"Kita sudah kenal pasti pemain asing dan pemain tempatan juga kita sudah ambil. Kita akan memulakan latihan penghujung Disember ini.

"Pemain-pemain asing pula akan tiba pada awal Januari."
Previous
Next Post »
loading...