loading...
loading...

Senarai Jalan Utama Kuala Lumpur Di Tutup Bermula Esok Sempena Sidang Kemuncak ASEAN


Kepada mereka yang tinggal atau bekerja di dalam bandaraya Kuala Lumpur, dimaklumkan bahawa beberapa jalan utama di ibu kota akan ditutup mulai esok hingga Ahad (18-22 November) bagi memudahkan perjalanan pemimpin negara-negara Asean ke Sidang Kemuncak Asean ke-27 yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Trafik KL Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata penuh akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan penutupan penuh adalah pada Sabtu ini.

Jalan akan ditutup pada 7.40 pagi hingga 9 pagi dan 7.15 malam sehingga 8.50 malam pada hari yang sama.

Antara jalan terlibat ialah:

Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC
Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang,
Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang,
Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak 
Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak.
Nagasari ke Jalan Raja Chulan,
Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang,
Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee,
Jalan Ampang ke Jalan Binjai,
Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee
Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan

"Penutupan jalan ialah bagi memastikan tahap keselamatan ketua negara yang menghadiri persidangan itu terjamin dan terbaik," katanya lagi.

Berikutan itu beliau menyarakan pengguna menggunakan jalan alternatif :

Jalan Kia Peng/Jalan Stonor,
Jalan Tun Razak,
Lorong Lumba Kuda,
Jalan Yap Kwan Seng,
Jalan Hang Tuah,
Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak
Jalan Pudu.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan polis selain disaran mengelak menggunakan jalan yang dinyatakan.

"Mereka juga dilarang untuk meletakkan kenderaan di sisi jalan terlibat. Sekiranya ingkar, kami akan menundanya," katanya dipetik The Malaysian Insider.
Previous
Next Post »
loading...