loading...
loading...

Malaysia tekad perangi IS menerusi pusat "counter narrative" - Najib

Malaysia tekad perangi IS menerusi pusat "counter narrative" - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang media selepas majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia memainkan peranan penting dalam memerangi idealogi IS dengan penubuhan pusat komunikasi serantau bagi mengekang fahaman itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata untuk tujuan itu, ulama dan golongan profesional Islam akan digerakkan untuk menyebar ajaran Islam sebenar menerusi pendekatan "counter narrative" khususnya di alam maya.


Bagi memerangi penyebaran idealogi IS, Najib berkata pendekatan ketenteraan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ditangani dengan penyebaran ajaran Islam sebenar.


"Seperti mana anda tahu, Malaysia telah mengumumkan penubuhan pusat penyebaran mesej untuk memerangi idealogi IS dan kami akan bekerjasama dengan negara-negara lain.


"Kami akan mengumpul ulama dan ahli ilmuan Islam untuk memainkan peranan dalam menyebarkan perspektif sebenar islam," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.
Previous
Next Post »
loading...