loading...
loading...

Keliru Antara Samak Dan Sertu?



Samak atau Sertu?


﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, syukur kepada  Allah kerana dengan izin-Nya dalam ruangan pendek ini, dapat saya kongsikan kepada anda masalah konsep Samak dan Sertu yang sekarang ini anda sekadar sebut tanpa memahami istilah sebenarnya.

…………………………………………………

“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, samak tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”

Ini mungkin biasa terpacul di mulut anda, namun apakah anda mengerti apa itu samak dan apa itu sertu? 

Samak

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:

Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. 
(Riwayat Muslim)

Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.


Sertu


1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sekarang, anda dapat membuat konklusi bahawa apa yang anda sebut-sebutkan selama ini banyak yang salah. 

Dalam dialog di atas sebentar tadi, ayat yang sebenarnya adalah :

“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, SERTU tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”

Wallahu alam. Moga anda mendapat ilmu yang bermanfaat daripada blog ini, insha-Allah.

Previous
Next Post »
loading...