loading...
loading...

Anak Che Ta Dibayar Belasan Ribu Ringgit Untuk Berlakon Drama


Siapa sangka, biarpun masih kecil, anak pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana dibayar untuk berlakon dalam sebuah drama dengan belasan ribu ringgi.

"Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia (Aaisyah) dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap," kata Che Ta.

Che Ta juga turut menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya dan bukanlah bertujuan untuk menggunakan anak sendiri.

"Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa.. itu terpulang. Ini semua soal rezeki.

"Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah," katanya memetik laporan BHOnline.
Previous
Next Post »
loading...