loading...
loading...

4 Aspek Kritikal Mencapai Kejayaan


Pernah dengar tak cerita rakan kita yang buat macam-macam tetapi tidak berjaya. Macam-macam bisnes dia buat. Pre-paid buat, MLM pernah buat, Internet marketing pun buat juga. Usaha tersebut bolehlah dikategori sebagai buat projeklah. Lepas satu projek dia start projek lain pula, tak pernah siap satu projek pun, dan tak pernah capai kejayaan seperti yang diharapkan.
Para pakar bersetuju ramai yang gagal dalam usaha atau projek mereka adalah disebabkan oleh kekurangan dari segi empat aspek kritikal mencapai kejayaan.  Empat aspek tersebut adalah:
Tumpuan – Pada sesuatu masa kita mungkin ada beberapa projek untuk dilaksanakan. Untuk berjaya pakar mengesyorkan kita memberi tumpuan kepada tidak lebih dari tiga projek dalam satu masa. Jika lebih dari tiga kita akan hilang tumpuan dan projek tidak akan mencapai kejayaan seperti diharapkan. Kurang tumpuan akan menyebabkan perancangan menjadi longgar dan pelaksanaan tidak seperti dirancang. Justeru senaraikan projek anda dan tentukan keutamaannya. Laksana tiga yang terpenting dahulu, bila dah siap bolehlah tambah namun kekalkan tiga dalam satu masa. Kadangkala keutamaan boleh berubah, justeru ubahlah senarai mengikut keutamaan.
Ambil Tindakan – Ambil tindakan melaksana apa yang dirancang untuk projek yang dipilih. Tanpa tumpuan tiada apa yang berkesan akan berlaku, tanpa tindakan tiada apa yang akan terhasil. Laksana apa yang telah dirancang dan kejayaan akan dicapai, InsyaAllah.
Komitmen – Kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha yang berterusan. Tanpa komitmen usaha akan terhenti di tengah jalan kerana tanpanya ramai yang mengalah bila jangkaan atau harapan tidak tercapai. Namun dengan komitmen, usaha akan diteruskan walaupun kejayaan jauh dari kelihatan. Semakin banyak kali gagal, semakin dekat kita dengan kejayaan.
Pengetahuan - Tanpa pengetahuan kita tidak akan dapat melakukan sesuatu dan kita perlukan kemahiran untuk laksanakannya dengan baik. Tidak cukup hanya dengan menghadiri kursus. Kita perlu amalkan apa yang dipelajari iaitu dengan mengaplikasinya ke atas aktiviti projek. Aplikasi yang berulangkali akan menjadikan kita mahir. Apabila sudah mahir, kita akan dapat melakukan sesuatu dengan baik, justeru memberikan hasil yang baik, yang kemudian diterjemahkan kepada KEJAYAAN.
Previous
Next Post »
loading...