loading...
loading...

Suasana Penuh Emosi Iringi Upacara Pengebumian Morais



KUALA LUMPUR: Suasana penuh emosi menyelubungi upacara pengebumian Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang dibunuh kejam selepas diculik hampir dua minggu.

Meskipun mayatnya masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), upacara berkenaan diteruskan dan diadakan di Church of Devine Mercy dan dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerjanya daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai memberikan penghormatan terakhir.

Suasana makin pilu apabila eulogi dibacakan oleh beberapa hadirin yang rapat dengan mendiang.

"Kevin dan saya sudah berkhidmat hampir 20 hingga 25 tahun. Tetapi saya baru sahaja dapat mengenali beliau apabila menjadi timbalan pendakwa raya pada Julai tahun lepas. 

"Reputasinya untuk keberanian, pendidikan dan membantu rakan sekerja mendahului dirinya. Ramai daripada kita tidak percaya nasib yang berlaku kepadanya," ucap Manoj Kurup, rakan sekerja mendiang.

Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang apabila keluar dari rumahnya di Menara Duta untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Selepas 12 hari, mayatnya baru ditemui di dalam sebuah tong yang di simen di Persiaran Subang Mewah. 
Previous
Next Post »
loading...