loading...
loading...

Polis Pasang Kamera Canggih Untuk Kesan Pemandu Yang Mempunyai Saman Tertunggak



KUALA LUMPUR: Mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak tidak lagi boleh mengelak apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan 20 kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR).

Dalam tempoh dua bulan akan datang, kamera berkenaan akan dipasang di mana-mana kereta polis untuk mengesan pemilik yang mempunyai saman tertunggak dalam simpanan data Bukit Aman yang dikesan melalui nombor pendaftaran.

Dengan cara itu polis dapat menghentikan kenderaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu.

Kamera berkenaan akan dipasang di mana-mana kawasan strategik, termasuklah sembila pintu masuk dan keluar ke dalam negara, demikian memetik mStar.

"Sebanyak 1.06 juta saman tertunggak masih belum diselesaikan dan kita mahu menurunkan angka ini.

"Selain menggunakan kamera ANPR untuk mengesan pemandu ingkar, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik juga akan mendapat manfaat daripada penggunaan sistem ini.

"Apabila kenderaan lalu, kamera akan merakam imej nombor plat dan menghantarnya ke pangkalan data polis.

"Jika nombor plat itu didapati mempunyai sebarang saman, maka sistem akan memberitahu kakitangan kita dan mereka boleh membuat penangkapan atau mengambil langkah-langkah sesuai," kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff hari ini.

Dengan sistem itu juga membolehkan pihak polis bekerja dengan lebih bijak dan mengelakkan kesesatan akibat sekatan jalan raya.
Previous
Next Post »
loading...