loading...
loading...

Jihan Muse Dedahkan Akan Tamatkan Zaman Bujang Selewat-Lewatnya Hujung Tahun Ini



Pelakon, Pelawak dan juga Pengacara, Jihan Muse yang sejak akhir-akhir ini telah menjadi perbualan hangat dalam industri hiburan tanah air selepas muncul khabar angin bahawa beliau bakal mengakhiri zaman solonya bulan depan.

Gosip mengenai perkari ini timbul apabila sebuah akhbar tempatan telah mendedahkan bahawa salah seorang rakan selebriti itu yang menetap di luar negara sedang merancang pulang ke tanah air bulan depan bagi menghadiri majlis tersebut.

Kerana desa desus itu, pengacara Resepi Memikat Suami ini telah tampil menafikan khabar angin tersebut.

Tapi yang lebih manis disebalik penafian tersebutm Jihan telah mendedahkan bakal melansungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Ku Hariz yang juga seorang pelakon selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Bukan saya tidak mahu berkongsi sebab perancangan (berkahwin) itu memang ada, tetapi bukan bulan depan seperti yang diperkatakan itu.

“Jadual kerja saya sangat padat sekarang. Jadi saya tidak berani berkongsi sebarang tarikh dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Jihan bagaimanapun berkata segala gosip yang beliau bakal berkahwin dalam waktu terdekat tersebut adalah sebagai satu doa daripada peminatnya yang sudah pasti mereka inginkan perkara yang terbaik buat dirinya.


"Segala keputusan berkaitan rumah tangga ini haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada ahli kelaurga sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.

Jihan yang dicungkil bakat di dalam program Raja Lawak musim ketika dan pelakon Polis Evo ini dilaporkan telah menyulam kasih sejak lapan tahun lalu. 
Previous
Next Post »
loading...