loading...
loading...

Hanya Makan Rumput & Buah, Buang Mayat Rakan Yang Sudah Tiada - Mirsudial & Norieen


Kota Bharu, 9 Okt - Mirsudial dan Norieen, dua pelajar orang asli yang ditemui petang tadi selepas dilaporkan hilang selama 48 hari berkata mereka cuma makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan untuk meneruskan hidup.

Mirsudial dan Norieen antara 7 pelajar yang dilaporkan hilang selepas dikatakan melarikan diri kerana takut dimarahi guru kerana mandi sungai tanpa kebenaran guru pada 23 Ogos lepas.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, Mirsudial dan Norieen juga turut menyatakan mereka bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia.

"Difahamkan mangsa yang masih hidup telah bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.

"Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," kata beliau.

Kronologi Kejadian 


9 Okt 2015:
- Dua dari tujuh pelajar Orang Asli, Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11 ditemui di dalam hutan berhampiran dengan Sungai Perias.

-Dua pelajar itu ditemui bersama satu mayat perempuan.

- Polis sahkan mayat yang ditemui pada 8 Okt sebagai Ika Ayel.


8 Okt  2015:

- Mayat reput yang ditemui pada 7 Okt disahkan sebagai Sasa Sobrie.

- Polis mengesahkan penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak pada 3.50 petang.

7 Okt 2015:
- Mayat salah salah seorang pelajar ditemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias.

28 Sept 2015:
- Selepas 37 hari hilang, Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi menemui keluarga pelajar dan berkata elemen culik turut diambil kira.

17 Sept 2015:
- Operasi mencari diperluaskan sehingga 140 KM dan melibatkan JPM, RELA, JAKOA serta penduduk.

1 Sept 2015:
- Polis membuat pendedahan sepasang stoking yang ditemui. Polis percaya ia menjadi petunjuk baru dalam kes ini. Bagaimanapun, stoking kemudian disahkan bukan milik mana-mana pelajar yang hilang.

29 Ogos 2015:
- Kawasan pencarian diperluaskan selepas pihak polis percaya kanak-kanak tersebut berkemungkinan tersesat dalam hutan ketika mencari makanan.

25 Ogos 2015:
- Operasi mencari dijalankan oleh penduduk kampung, pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli selepas laporan polis dibuat.

23 Ogos 2015:
- Tujuh orang pelajar Orang Asli dari SK Pos Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang kerana takut dikenakan denda kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
Previous
Next Post »
loading...