loading...
loading...

6 Profesion Ini Paling Seksi Di Mata Wanita

Sebenarnya tidak menjadi masalah walau apapun  pekerjaan yang anda lakukan selagi ianya merupakan sumber pencarian rezeki yang halal dan anda berdedikasi dalam melakukan suatu pekerjaan itu. Tetapi pekerjaan yang anda miliki juga menjadi faktor untuk seseorang itu mendekati kamu.
Percaya atau tidak, sebahagian wanita menganggap faktor pekerjaan itu adalah sesuatu daya tarikan untuk mereka memilih pasangan hidup.
1. Doktor
Sumber dari The Guardian
Ramai wanita memilih doktor sebagai teman hidup mereka. Kebetulan pula, ramai doktor di luar sana mempunyai rupa paras yang tampan dan menenangkan. Yelah, mana ada orang suka tengok doktor muka tertekan bila terima rawatan kan? Hihi
2. Peguam
Sumber dari fake pretty
Mungkin anda rasakan peguam miliki wajah biasa sahaja, tetapi mereka miliki keyakinan tinggi yang menyebabkan mereka nampak kemas dan tampan. Keyakinan ini berasal daripada kebijaksanaan mereka. Peguam bijak mencari jalan keluar dengan berfikir secara kritis dan kreatif.
3. Jurutera
Sumber dari College Atlas
Seorang jurutera bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada wanita. Pada umur 27 tahun, seorang jurutera itu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah. Itulah sebab jurutera ini seksi di mata kaum wanita. Mereka juga bekerja keras untuk memahami diri anda seperti mana mereka komited dalam tugasan mereka. Hihi
4. Arkitek
Arkitek merupakan profesion yang memerlukan kreativiti dan pemikiran logik. Mencipta rekaan yang epik menjadi  daya penarik bagi diri mereka untuk sentiasa kelihatan terserlah. Selain itu, kepakaran mereka dalam bidang matematik untuk pekerjaan ini membuatkan kaum wanita “turn on” dengan kebijaksanaan mereka.
5. Juruterbang
Sumber dari Telegraph Uk
Wanita mana yang tidak tergoda melihat Tom Cruise memakai seragam juruterbang ketika beraksi dalam filem Top Gun? Juruterbang dikategorikan sebagai adrenaline junkie, memiliki sifat kepemimpinan serta memiliki keyakinan diri yang tinggi. Tak heran lah ramai wanita yang ingin mendekati golongan profesional ini. Hihi
6. Ahli Muzik
Sumber dari The Richest
Wanita mana yang tidak jatuh hati pada lelaki yang mempunyai bakat dalam bermain alat muzik? Profesion sebagai ahli muzik mampu menarik perhatian kaum hawa. Nilai romantik mungkin menjadi taruhan utama untuk golongan ini memikat kaum wanita serta mereka juga lebih menghargai kecantikan rupa paras dan hati budi seseorang itu kerana jiwa mereka lebih bersifat artistik.
Tak kisahlah walauapa pun profesion anda selagi ianya merupakan mata pencarian yang halal, anda tetap nampak menarik di mata kaum wanita. Artikel yang kami siarkan ini hanya sekadar hiburan sahaja. Hehehe
Previous
Next Post »
loading...