loading...
loading...

(2 Video) Geng Teksi 'Serang' Pemandu Uber/Grab Car di KLCC



KUALA LUMPUR - Dua video yang memaparkan aksi sekumpulan pemandu teksi 'menyerang' kereta pemandu Uber/Grab Car tersebar di media sosial.

Video terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Elton Poh.

Pengguna Facebook tersebut menyifatkan tindakan pemandu teksi itu sebagai tidak bertamadun dan takut dengan persaingan.

"Lebih teruk dari babarians, dan juga anjing.

"Ini ke contoh rakyat Malaysia yang kita mahu tunjjukkan kepada pelancong?", tulis Elton Poh.

Uber/Grab Car adalah perkhidmatan yang menyamai servis teksi tetapi menawarkan harga yang lebih murah dan sesiapa sahaja boleh menjadi pemandu dengan menggunakan apps.

Servis Uber/Grab Car mencetus kontroversi bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain.


Previous
Next Post »
loading...